“Hakikatnya, pendapatan 4 angka kini tidak lagi seperti dulu. Satu ketika dulu, pendapatan RM5,000 sebulan boleh dikatakan tinggi. Namun kini, dengan keadaan ekonomi, tanggungjawab pada keluarga, bayaran balik kereta dan rumah, akhirnya simpanan di hujung bulan tidak seberapa untuk tingkatkan mutu gaya hidup.”
Matlamat kami adalah memberi kejayaan dalam kewangan pada sesiapa sahaja yang ingin keluar dari keadaan kewangan kini untuk tingkatkan mutu gaya hidup di samping membebaskan masa harian. Apa yang diperlukan hanyalah komputer atau telefon pintar dan juga hubungan dengan Internet.
MISI BEBAS HUTANG ( MBH ) ialah platfom pembelajaran 100% atas talian (online) yang memberi latihan, sistem, sumber dan komuniti untuk membantu anda mencapai bebas hutang tidak kira sama ada anda sudah memulakan perniagaan, atau belum.
Dalam kata mudah, sekiranya matlamat anda adalah untuk menyelesaikan hutang anda tidak kira RM 50,000, RM 100,000 mahupun RM 500,000, maka MISI BEBAS HUTANG adalah untuk anda!
MISI BEBAS HUTANG adalah sesuai bagi mereka yang ingin mengambil tindakan dalam mengubah keadaan kewangan sendiri. Pastinya, untuk mengubah keadaan kewangan sendiri dan keluarga, ia memerlukan usaha dan juga komitmen. Melalui MBH, anda akan diberikan cara dan kaedah selesaikan hutang dari segi minda, pengurusan kewangan, menjalankan perniagaan sama ada perniagaan online atau pun bukan. Namun, tidak kira apa pun cara dan kaedah yang diberikan, ianya tidak akan memberi manfaat sekiranya tidak disusuli dengan tindakan.
Sekiranya anda ingin membuat keputusan dalam mengubah keadaan hutang dan kewangan anda, dan bersedia mengambil tindakan berdasarkan ilmu dan informasi yang terbukti telah melahirkan ramai insan bebas hutang dan bebas kewangan di serata dunia, maka, MBH adalah untuk anda.
Dengan mempelajari mindset, pengurusan kewangan dan memulakan serta mengembangkan perniagaan, MBH pasti akan memberi kelebihan daya saingan kepada anda!
Kuasai Kewangan
Jana Pendapatan
Tambahkan Pelaburan
Jana Pendapatan Sampingan selain gaji anda
Untuk hapuskan masalah hutang perlukan motivasi dan aspirasi. Di sini saya akan bantu anda supaya semangat, motivasi dan kesungguhan anda menghapuskan hutang tidak hilang
Tidak kira sama ada anda memiliki perniagaan, ataupun baru bermula dan ingin mendapat kebebasan gaya hidup , program pembelajaran kami kami hasilkan akan membantu cara bagaimana memulakan dan mengembangkan perniagaan melalui Internet tidak kira di manapun anda berada- walaupun tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang IT. Setiap modul yang dihasilkan adalah mudah untuk diikuti dengan perancangan tindakan yang jelas untuk membawa mindset dan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam mencapai kejayaan dalam bidang kewangan, pastinya ilmu mengurus kewangan adalah sangat penting. MISI BEBAS HUTANG memuatkan modul-modul mikro pengurusan kewangan supaya anda dapat menguasai pengurusan kewangan anda. Menjana pendapatan, tetapi tidak menguruskan pendapatan akan berakhir dengan tiada simpanan. Akibat lemah dalam pengurusan kewangan, usahawan dan juga mereka yang berkarier tidak dapat menyimpan pada akhir bulan. Pelajari teknik dan strategi dalam menguasai kewangan anda.
Untuk mencapai pendapatan 5 angka atau 6 angka sekalipun, bermula dengan minda. Ada sebabnya mengapa ramai yang mempunyai pengetahuan dan ilmu, namun tidak berjaya membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Semuanya bermula dari mindset. Visi kami adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai potensi yang dimiliki dalam diri sendiri, dan menggunakan potensi tersebut di arena digital kini. Dengan mindset yang betul, potensi diri dapat dicungkil dengan lebih jelas lagi.
Untuk mendapat daya saingan yang lebih hebat dalam perniagaan, memerlukan teknik dan strategi terkini. Sistem pembelajaran mikro MBH akan memberi kemaskini teknik dan strategi terkini kepada ahlinya untuk sentiasa berada di hadapan pesaing. Video-video yang dihasilkan adalah mudah dan pantas untuk diikuti dan fahami dengan klip kurang dari 3 minit bagi beratus teknik dan strategi. Teknik pembelajaran mikro yang berinovasi dan efektif ini dapat menjimatkan masa pembelajaran supaya usahawan dapat memberi fokus masa kepada mengaplikasikannya pada perniagaan- lagi pantas belajar, lagi pantas untuk aplikasi.
Pilih Untuk Hidup Bebas Tanpa Hutang
Copyright MisiBebasHutang.com 2018. All Rights Reserved. Powered by AJ