Adakah Anda Memanjat Tangga Yang Betul?

Mengejar keyajaan tidak akan bermakna sekiranya apa yang dikejar bukanlah apa yang kita mahu. Pastikan tangga kejayaan adalah tangga yang betul.

Dengar berulang & lakukan!

Sememangnya kita ingin mengejar  cita-cita kita tetapi pastikan cita-cita kita itu member makna kepada diri kita sendiri. Adakalanya kita dapat lihat bahawa seseorang itu yang mencapai kejayaan cuma sedar-sedar  itu bukan kejayan yang mereka inginkan dan apa terjadi mereka rasa terperangkap dalam kejayaan mereka sendiri. Dari zahirnya nampak mereka seperti berjaya dalam mencapai matlamat kewangan mereka  tetapi dalam diri mereka sendiri  mungkin mereka merasa resah tidak  selesa dan tidak suka dengan apa yang mereka capai. Dan inilah antara contoh akibatnya mereka yang mengabaikan tanggungjawab yang lain hanya kerana kekayaan dan kewangan. Tanggungjawab keluarga, kesihatan, diri sendiri dan lain-lain. Apabila meletakkan matlamat pastikan matlamat tersebut betul-betul memberi makna kepada diri kita sendiri dan bukan kerana orang lain yang inginkan kita mencapai  tersebut.

Sekiranya bukan itu yang kita mahu,ianya umpama memanjat tangga, apa akan terjadi sekiranya kita memanjat tangga kejayaan. apabila sampai kepuncaknya bukan itu destinasi yang kita inginkan, nanti habis segala usaha ,masa dan juga tenaga kita untuk mencapai matlamat yang hanya tidak bermakna untuk diri kita sendiri. Memang  semua orang nak kaya, memang semua orang ingin mencapai matlamat kewangan mereka untuk menjadi bebas kewangan pendapatan 5 angka, pendapatan 6 angka atau apa sahaja. Tetapi pastikan matlamat tersebut member makna kepada kita supaya apabila kita mencapainya kita sendiri dapat menikmati matlamat bebas kewangan kita.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu