Angan-Angan Yang Positif

Penuhi minda kita dengan angan-anagn yang positif. Ia akan menyemarakkan lagi semangat kita untuk mencapai matlamat.

Dengar berulang & lakukan!

Penuhkan fikiran anda dengan angan – angan yang positif. Di luar sana sudah terlalu banyak benda – benda yang negatif. Jangan pula kita penuhi fikiran kita dengan elemen – elemen yang negatif. Dalam mencapai kejayaan pastinya kita perlu berfikir positif. Yang ini kita sudah banyak kali dengar, tetapi adakalanya fikiran negatif juga yang masuk ke dalam minda kita.

Kita perlu sentiasa latih untuk berfikir dengan positif. Pepatah Inggeris berbunyi A picture paints a thousand words.  Manusia adalah insan yang visual, yang sering memikirkan visual berbanding teks. Oleh itu penuhkan kepala kita dengan angan – angan yang positif.

Apakah matlamat kita? Bagaimana rupa keadaan kita sekiranya matlamat itu tercapai. Apa yang kita boleh perolehi? Apa yang akan kita dapat? Gambarkan segala – galanya yang positif di dalam fikiran kita. Ini seumpama akan membakar lagi semangat kita untuk mencapainya.

Gambarkan diri anda satu tahun akan datang, ataupun tiga tahun akan datang, lima tahun ataupun sepuluh tahun yang akan datang. Perkara ini digelar persepsi masa. Seseorang yang Berjaya boleh mempunyai persepsi masa yang lama. Seseorang itu akan menggambarkan diri mereka sepuluh tahun ataupun dua puluh tahun yang akan datang.

Orang yang gagal mempunyai persepsi masa yang singkat. Contohnya dia tidak akan fikirkan keadaannya satu tahun akan datang, atau enam bulan yang akan datang. Entah – entah satu minggu yang akan datang pun tidak difikirkan. Sering fikirkan jangka masa panjang dan masukkan elemen – elemen yang positif di dalam angan – angan jangka panjang kita.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu