Bantuan Bagi Mereka Yang Sudah Berjaya

Tidak kira di mana pun tahap kejayaan anda, pastinya masih memerlukan bantuan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi!

Dengar berulang & lakukan!

Tidak kira dimana tahap kejayaan kita kini, kita masih memerlukan bantuan dan juga motivasi untuk menolak kita ke tahap yang lebih tinggi. Lihat sahaja ahli-ahli sukan peringkat antarabangsa, kesemuanya masih mempunyai jurulatih atau coach atau pengurus untuk membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Tidak semestinya coach, manager atau jurulatih tersebut lebih hebat daripada mereka, tidak. Tetapi, apa yang boleh mereka lakukan adalah mereka mereka boleh memberi daya tolak kepada ahli sukan tersebut untuk mencapai  matlamat yang lebih tinggi lagi untuk untuk member daya tolak kepda mereka supaya dapat berfungsi dengan lebih efiksyen, effektif pada tahap yang maksima.

Melihat ahli sukan antarabangsa memerlukan bantuan dan motivasi  untuk ketahap lebih yang tinggi, apa tah lagi kita di tahap kita yang sekarang  ini. Pastinya memerlukan bantuan tambahan untuk membawa kita ke tahap yang lebih tinggi lagi, bak kata pepatah inggeris “no man is an island” ertinya untuk mencapai kejayaan  kita masih perlu bantuan daripada orang lain jangan pula rasa kita boleh lakukannya kesemuanya sendiri, oleh kerana fikiran begitu hanya akan melambatkan kita dalam mencapai kejayaan kita yang seterusnya keperingkat yang lebih tinggi.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu