Benda Yang Susah Dulu

Dalam pengurusan masa, adakah patut kita lakukan benda yang susah atau benda yang senang terlebih dahulu?

Dengar berulang & lakukan!

Satu teknik pengurusan masa yang saya pelajari dan juga amalkan adalah untuk melakukan kerja yang susah dan besar di awal pagi. Menurut satu buku pengurusan masa oleh seorang pakar motivator Brian Tracy, mengatakan bahawa ‘Eat the frog first’, nama bukunya juga ‘Eat The Frog’. Apa maksudnya? Makan katak? Dalam konteks buku tersebut ia bermaksud untuk kita makan katak. Bukan begitu. Tetapi melakukan sesuatu yang susah, sukar, besar, berat, di awal pagi ataupun di awal hari anda.

Ini kerana pada awal pagi, ia adalah waktu yang paling prima dan juga kita sebagai manusia seringkali lebih segar, produktif, dan efisien di waktu pagi. Sepertimana di dalam hadis juga mengatakan bahawa rezeki berpagi-pagi. Oleh itu dalam pengurusan masa samada anda patut lakukan kerja yang susah dahulu ataupun yang senang dahulu, utamakan kerja yang susah terlebih dahulu di awal pagi.

Ini akan memberi kepuasan kepada anda dan momentum sepanjang hari anda apabila kerja yang susah dan sukar telah selesai. Dan kemudiannya anda boleh memberi fokus kepada kerja-kerja yang lebih ringan dan mudah. Melakukan kerja yang susah dan sukar pada lewat hari mungkin kadang kita dalam kepenatan. Dan apa yang akan terjadi adalah produktiviti kita akan menurun. Kerja yang susah dan sukar akan berkali-kali ganda terasa sukar. Oleh itu, makan katak di awal pagi.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu