Berikan 100% Komitmen

Perjalanan mencapai kejayaan akan melalui pelbagai cabaran. Dengan komitment yang teguh, cabaran akan dilalui dengan lebih mudah.

Dengar berulang & lakukan!

Untuk mencapai apa sahaja matlamat yang besa , matlamat yang berbaloi pastinya kita memerlukan seratus peratus komitmen. Lagi besar matlamat kita lagi besar halangan dan cabaran yang bakal kita temui. Halangan dan cabaran ini pastinya tidak akan berjaya melepasinya sekiranya kita tidak mempunyai komitmen tersebut. Maklumlah, kalau kita lemah sedikit, cabaran yang kecik kita akan putus asa.

Tetapi kita member komitmen yang besa untuk mencapai apa sahaja matlamat kita maka cabaran yang besar kita akan lalui juga. Mengapa tidak ramai orang yang mencapai matlamat bebas kewangan mereka, sebab utamanya adalah mereka hany inginkan bebas kewangan tetapi mereka tidak  sanggup meletakkan komitmen mereka untuk  mencapai impain tersebut. Bukanya mudah untuk mencapai matlamat yang besar, kalau mudah ramailah yang telah melakukanya. Tetapi seperti mana saya sebutkan tadi, apa sahaja yang berbaloi pastinya mempunyai cabaran yang menunggu dihadapan.

Berikan komitmen seratus peratus dan jangan putus asa sekiranya terjumpa apa sahaja halangan dihadapan anda. Pengasas IBM pernah ditanya, apakah rahsia kejayaan? dan jawabnya adalah, gagal banyak kali pleh kerana, apabila kita gagal banyak kali kita boleh nampak jalan untuk mencapai kejayaan seterusnya. Jangan malu dengan kegagalan sebab kegagalan adalah biasa dalam mencapai matlamat yang besar , mereka yang malu dengan kegagalan akan putus asa dan mereka inilah yang tidak mencapai apa sahaja matlamat yang telah ditetapkan.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu