Bina Keyakinan Pada Diri Sendiri

Dengan keyakinan diri, pastinya semua menjadi. Keyakinan diri adalah elemen yang penting dalam memberi fokus kepada kita untuk terus berusaha tanpa ragu-ragu.

Dengar berulang & lakukan!

Kunci untuk mencapai matlamat 5 angka ataupun 6 angka adalah untuk kita kena yakin dengan diri kita sendiri.Kita perlu boleh melihat bahawa matlamat tersebut boleh dicapai oleh kita.Sekiranya itu pun kita tidak dapat lihat, maka bagaimana kita hendak mencapaikannya. Mungkin adakalanya, kita bersama dengan orang lain. Mereka tidak yakin yang kita boleh lakukan. Adakalanya, mereka akan mengejek, mengeji dan juga menjatuhkan semangat kita. Sebenarnya tidak perlu pun kita nak menyakinkan orang lain bahawa kita boleh melakukannya. Orang lain hanya yakin apabila dapat lihat kita telah mencapainya.

Oleh itu, siapa yang perlu kita yakinkan adalah kita sendiri. Apabila kita yakin, ianya boleh tercapai disitulah jalan untuk mencapai matlamat kita tersebut akan menjadi lebih jelas lagi. Sekiranya kita ragu bahawa kita sukar untuk mencapai dan kita tidak boleh mencapaikannya dan perjalanannya sangat jauh sehingga tidak diterima dek akal kita, maka itu akan mengaburkan lagi jalan kita.

Ia akan menyukarkan kita dan apa kita dapat lihat hanyalah masalah, cabaran dan halangan untuk mencapainya. Tetapi sekiranya, kita mempunyai keyakinan diri bahawa matlamat kita itu boleh dicapai apa sahaja halangan, cabaran akan kita anggap sebagai satu peluang untuk menyelesaikannya. Oleh kerana kita telah yakin bahawa apa sahaja halangan dihadapan kita, kita yakin matlamat itu tetap boleh dicapai. Saya boleh katakan bahawa inilah elemen yang sangat penting dalam mencapai apa sahaja matlamat iaitu anda perlu yakin dengan diri anda sendiri bahawa ianya boleh tercapai.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu