Buangkan Perasaan Malas. Ini Caranya...

Adakalanya kita dilanda perasaan malas. Berita baiknya, ada cara untuk menghilangkan perasaan ini!

Dengar berulang & lakukan!

Pasti kita tahu malas itu adalah sikap yang tidak perlu kita miliki. Namun memang sekali sekala datang juga perasaan malas itu. Mana datang mala situ? Kita kena faham tentang konsen zon selesa. Setiap manusia mempunyai zon selesa masing – masing. Apabila kita melakukan sesuatu di luar zon selesa kita, itu yang dinamakan malas. Kita tidak lakukan sebab apa? Zon selesa akan menarik balik  kita ke tahap sedia ada.

Bayangkan seperti magnet di mana ianya mudah bercantum. Apabila kita cuba pisahkan dua magnet, ia tetap akan cantum kembali. Begitu juga dengan zon selesa, apabila kita ingin cuba melakukan sesuatu di luar zon selesa kita, ia seumpama magnet yang akan menarik balik kita ke zon selesa kita.

Contohnya begini, mungkin kita sedang selesa menonton televisyen setiap hari jam 9.00 malam, untuk kita hentikan tabiat tersebut kita akan rasa kurang selesa dan apabila kita kumpulkan tabiat yang tidak baik contohnya menonton televisyen dengan tempoh yang lama, itulah datangnya sikap malas. Untuk berhenti menonton televisyen pun susah oleh kerana itu sudah menjadi zon selesa kita.

Berita baiknya adalah apabila kita faham konsep zon selesa ini, ada caranya untuk kita keluar dari zon selesa dan buang sikap malas tersebut. Ini kerana zon selesa manusia berubah – ubah. Contohnya mungkin setiap hari kita  rasa selesa untuk menonton televisyen jam 9.00 malam. Untuk kita hentikan tabiat tersebut, mungkin susuah oleh kerana itu sudah menjadi zon selesa kita. Tetapi apa kata dari 7 hari menonton televisyen tukar kepada 6 hari menonton televisyen sahaja dan 1 hari tidak menonton televisyen. Mungkin dengan melakukan ini kita member ruang kepada diri kita sendiri untuk membiasakan diri kita kepada 6 hari menonton televisyen dan tanpa menonton televisyen pada hari ke 7. Lama – kelamaan kita akan menanam tabiat menonton televisyen selama 6 hari. Ini sekadar contoh sahaja, 6 hari masih lagi banyak. Tetapi point saya adalah kini anda telah mengubah zon selesa dari 7 hari menonton televisyen kepada 6 hari menonton televisyen.

Apa anda perlu lakukan adalah cuba lakukan perlahan – lahan sehingga 5 hari menonton televisyen, 4 hari menonton televisyen, 3 hari menonton televisyen. Apabila kita sudah biasa dengan keadaan yang baru, maka zon selesa itu akan menjadi zon selesa kita yang baru. Dalam keadaan itu, untuk kita menonton televisyen 7 hari seminggu kita akan rasa tidak selesa dan seumpama magnet kita akan  kembali ke zon selesa baru iaitu menonton televisyen selama 3 hari.

Seperti mana saya kata ini sekadar contoh sahaja tetapi dengan memahami konsep zon selesa ertinya apa sahaja tabiat yang kita ingin buangkan, kita perlu lakukan sedikit demi sedikit supaya kita membawa zon selesa kita di tahap yang baru. Apabila di tahap yang baru dan menjadi tabiat yang baru  maka kita berjaya keluar dari zon selesa kita.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu