Cara Fikir di Luar Kotak

Untuk berjaya, ada kalanya memerlukan kreativiti. Dan inilah caranya untuk menjadi lebih kreatif...

Dengar berulang & lakukan!

Salah satu skill yang akan membantu mencapai kejayaan anda adalah skill untuk berfikir di luar kotak. Ini adalah kerana berfikir di luar kotak adalah berbeza daripada status quo iaitu ramai orang melakukan perkara yang sama, mengikut pengalaman, mengikut contoh tanpa menjadi lebih kreatif memikirkan sesuatu di luar kotak. Berita baiknya adalah berfikir di luar kotak adalah satu skill yang boleh dipelajari.

Caranya adalah untuk banyak bertanya. Bertanya kepada siapa? Bertanya kepada diri sendiri. Soalan yang perlu ditanya adalah bagaimana hendak melakukan sesuatu itu berbeza. Mungkin apabila kita dilanda sesuatu masalah, tanya kepada diri kita sendiri, bagaimana hendak melakukan sesuatu itu dengan cara berbeza. Atau sekiranya kita seorang usahawan dan ingin mengurangkan kos, tanya pada diri kita sendiri bagaimana hendak melakukannya dengan cara yang berbeza.

Mungkin juga kita ingin meningkatkan jualan perniagaan kita? Tanya soalan yang sama bagaimana hendak melakukannya dengan cara yang berbeza. Penuhi hari kita dengan banyak bertanyakan soalan ini. Soalan bagaimana ini akan memberi kita jawapan yang lebih bernas lagi. Seperti perkara yang lain ‘Practice makes perfect’. Lagi banyak anda bertanya, lebih hebat jawapan anda dari hari ke hari. Menurut pakar motivator Anthony Robbins kualiti hidup seseorang itu akan menjadi lebih baik dengan kualiti soalan yang ditanyakan pada diri kita sendiri. Banyakkan bertanya. Be Curious. Oleh kerana jawapan kepada soalan-soalan ini akan membantu anda untuk berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan apa sahaja masalah.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu