Di Mana Anda Ketika Ini?

Untuk mencapai matlamat dari poin A ke poin B, pastinya anda perlu tahu di manakah poin A anda. Iaitu titik permulaan anda.

Dengar berulang & lakukan!

Dalam perjalanan kalau nak capai sesuatu destinasi pastinya kita kena tahu dimana kita sekarang ni sama juga, untuk mencapai destinasi matlamat kita. Ketahui dengan terperinci dan jelas dimana kita sekarang untuk mencapai matlamat bebas kewangan.Pastikan kita tahu, dimana keadaan kewangan kita hari ini.Kalau hendak mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, pastikan kita tahu keadaan kita kini dimanakah tahap perniagaan kita tanpa kita tahu dimana kita kini bagaimana kita hendak mencapai sesuatu destinasi matlamat tersebut.

Disinilah ramai orang tidak mahu lakukan oleh kerana mungkin mereka segan dengan keadaan kewangan kini ataupun mereka malu keadaan perniagaan kini.Apa yang penting adalah kita kena jujur dengan keadaan kita kini dan kejujuran itu akan menampakkan kita segala kesilapan yang boleh kita perbaiki untuk mencapai matlamat kita yang lebih besar lagi. Oleh itu, cerminkan diri kita sendiri kini dimana keadaan kita kini sebelum memulakan perjalanan untuk mencapai matlamat kita yang kelak.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu