Di Manakah Tempat Terbaik Untuk Melabur?

Anda ingin tahu tempat paling baik untuk melabur wang anda?

Dengar berulang & lakukan!

Di manakah tempat terbaik untuk melabur?Ramai yang nak tahu di manakah tempat yang terhangat untuk melaburkan wang kita. 5 ribu ringgit, 10 ribu ringgit ataupun 20 ribu ringgit. Bagi saya tempat yang terhangat dan terbaik untuk melaburkan wang pada permulaannya adalah pada diri kita sendiri.

Laburkan pada ilmu. Untuk berjaya di dunia, kita memerlukan ilmu. Untuk berjaya di akhirat, pastinya ilmu juga diperlukan dan di situlah tempat yang paling hangat untuk kita melabur.

Tambahkan kemahiran, tambahkan informasi yang dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri dalam menjana pendapatan yang lebih tinggi, kemahiran dan skill perniagaan adalah amat penting.Pelajari ilmu perniagaan. Oleh kerana ilmu perniagaan akan memberi pulangan yang berkali – kali ganda kepada kita.

Sebagai contoh melabur pada saham, mungkin akan memberi pulangan 10% ataupun 20% setinggi – tingginya. Tetapi melabur pada ilmu perniagaan yang kita lakukan, boleh memberi pulangan 100%, 200%, 300% atau lebih daripada itu. Ini adalah perkara biasa dalam perniagaan.Oleh itu, jawapan saya tetap sama. Di mana perlu melabur duit kita? Laburkan pada ilmu perniagaan.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu