Jangan Sesekali Putus Asa!

Pastinya akan ada cabaran dan rintangan di hadapan. Tetapi tak kira apa sahaja dugaan yang diberi, jangan sesekali putus asa dalam mencapai matlamat anda!

Dengar berulang & lakukan!

Memang benar untuk mencapai apa sahaja kejayaan memang banyak rintangan di hadapan. Tetapi kita perlu janji kepada diri kita sendiri bahawa kita jangan berputus asa. Ketika saya baru bermula perniagaan internet pada tahun 2000 dulu, tahun pertama saya hanya mendapat tiga pelanggan sahaja. Dalam kata lain perniagaan saya gagal pada tahun pertama.

Tetapi apa yang saya lakukan, saya tidak berputus asa dan cuba cari apakah kesilapan diri saya sendiri yang menyebabkan tiada pelanggan datang ke laman web saya. Sekiranya kit abaca buku – buku biografi usahawan – usahawan yang berjaya hari ini memang kesemuanya pernah melalui kegagalan. Agak mustahil mencapai kejayaan tanpa berjumpa dengan kegagalan kerana kegagalan itu akan menguatkan kita dan mengajar kita cara dan kaedah yang betul untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Sebenarnya kejayaan mungkin berada sedikit sahaja lagi. Kerana itulah kita jangan berputus asa. Satu lagi peringatan, kita akan belajar lebih banyak lagi daripada kegagalan berbanding kejayaan. Oleh itu, apabila menemui kegagalan bersyukur oleh kerana pelbagai ilmu yang anda akan dapat dan ilmu ini boleh digunakan untuk mencapai kejayaan dengan lebih pantas lagi. Jadi, janji kepada diri kita sendiri jangan sesekali putus asa ketika mengejar cita – cita kita.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu