Jepun & Kaizen

Kaizen - istilah yang sangat efektif sekiranya dipegang dan digunakan dalam hidup seharian.

Dengar berulang & lakukan!

Kaizen adalah perkataan Jepun yang sering digunakan dalam buku – buku motivasi dan juga seminar – seminar motivasi. Ertinya adalah melalkukan perubahan sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. Sejak perang dunia lagi sehingga kini boleh dikatakan Jepun menjadi negara yang paling maju sekali di Asia.

Ini kerana mereka berpegang teguh kepada perkataan kaizen. Bagi diri kita juga, itu yang kita perlu terapkan. Iaitu membaiki diri kita sendiri sedikit demi sedikit. Ada kalanya jika kita lakukan secara mendadak, ianya tidak akan menjadi. Mungkin anda pernah mendengar kisah di mana seseorang itu ingin berhenti merokok ataupun seseorang itu ingin menurunkan berat badan ataupun melakukan sesuatu di luar zon selesa mereka. Tetapi apabila mereka dengan tiba – tiba mendadak cuba hentikan merokok ataupun cuba menjauhkan makanan – makanan yang kurang sihat, apa yang terjadi? Tidak lama lagi mereka akan kembali makan makanan – makanan yang kurang sihat dan kembali merokok oleh kerana ianya dilakukan secara pantas tanpa memberi masa untuk mengubah ke zon selesa yang baru.

Jadi jawapannya memang sikap malas perlu dibuang tetapi caranya adalah dengan perlahan – lahan dengan secara konsisten sedikit demi sedikit adjust zon selesa kita kepada zon yang baru dan sering memperbaiki. Dalam perubahan ke arah kebaikan amalkan konsep kaizen ini. Pastinya ianya dapat membantu kejayaan anda.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu