Keinginan Mencapai Matlamat

Lagi kuat keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat, maka lagi kuat usaha yang akan diberikan untuk mencapaikannya.

Dengar berulang & lakukan!

Kunci kekayaan utama adalah keinginan contohnya sekiranya matlamat kita adalah untuk mendapatkan pendapatan lima angka atau enam angka. Kita perlu ada keinginan yang hebat sangat-sangat untuk mencapai matlamat dan sasaran tersebut. Lagi kuat keinginan kita untuk mencapainya  Ia seumpama api yang nak membakar semangat kita untuk mengejar cita-cita kita itu. Bayangkan seperti kereta , kereta yang tidak mempunyai petrol pastinya tidak kemana tetapi yang mempunyai petrol yang hebat yang berkuasa tinggi yang berkualiti pastinya lebih lancar lagi perjalanannya untuk mencapai  satu destinasi. Begitu juga kita sebagai manusia untuk mencapai apa sahaja matllamat kita pastikan keinginan itu seumpama petrol yang membawa kita daripada mana kita kini untuk mencapai matlamat kewangan kita.

Fikirkan sebab atau the big why, mengapa ingin mencapai matlamat lima angka atau enam angka kita itu. Lebih banyak sebab kita senaraikan, lebih tinggi keiginan kita untuk mencapai sesuatu itu. Kalau kita sekadar  ada dua, tiga sebab sahaja untuk capai sesuatu matlamat maka mungkin sebab itu  tidak beberapa kuat. Tetapi kalau kita ada sepuluh, dua puluh, tiga puluh atau lebih daripada itu sebab untuk mencapai matlamat lima angka atau enam angka kita .

Maka dekat situ akan membuatkan keinginan kita lebih hebat lagi. Jadi fikirkan , senaraikan  apakah sebab- sebab anda untuk mencapai matlamat kewangan anda itu akan menguatkan  lagi keinginan anda untuk mencapainya.

Close Menu