Kejayaan Akan Berganda

Success breeds success. Kejayaan pertama adalah paling sukar, namun yang seterusnya adalah makin mudah!

Dengar berulang & lakukan!

Pernahkah anda mendengar istilah success breeds success? Ertinya adalah apabila kita mencapai kejayaan, kejayaan yang seterusnya menjadi lebih mudah lagi. Di sini ada dua pengajaran iaitu, sebenarnya kejayaan yang pertama adalah kejayaan yang paling sukar dicapaioleh kerana kita belum lagi berpengalaman, mungkin belum lagi mempunyai ilmu yang cukup untuk mencapai kejayaan yang pertama. Oleh itu kejayaan pertama adalah yang paling sukar sekali. Tetapi apabila kita telah mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan – kejayaan seterusnya akan menjadi lebih mudah dan pantas. Ini adalah kerana pengalaman kita melalui kejayaan kita yang pertama akan mengajar kita pelbagai ilmu untuk lebih cekap dalam mengendalikan usaha kita pada masa yang akan datang.

Oleh itu satu peringatan untuk kita semua bahawa kejayaan yang pertama memang susah, memang sukar, pelbagai rintangan, pelbagai cabaran tetapi anda perlu melaluinya oleh kerana kejayaan – kejayaan yang akan datang akan menjadi semakin mudah dan anda juga akan mendapat success breeds success.

Bagi saya kejayaan saya yang pertama mencapai keuntungan perniagaan lebih daripada satu juta ketika umur saya 25 tahun, memang susuah perjalanan saya tetyapi pengalaman yang saya dapat membina perniagaan – perniagaan yang lain selepas itu memudahkan saya melipatkali gandakan lagi keuntungan perniagaan saya. Kejayaan pertama adalah yang paling susah. Tetapi kejayaan kemudiannya semakin mudah untuk dicapai. Tabahkan diri anda, sabarkan hati anda untuk mencapai kejayaan yang pertama terlebih dahulu.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu