Kemahiran Yang Dapat Mengubah Hidup Anda

Tahukah anda bahawa terdapat satu kemahiran yang dapat mengubahkan hidup anda? Namun, ianya tidak semudah untuk semua orang.

Dengar berulang & lakukan!

Salah satu kemahiran yang dapat mengubah hidup anda adalah kemahiran public speaking ataupun pengucapan awam. Saya tahu ramai yang tidak berani untuk berucap di hadapan awam, malah research mengatakan berucap di khalayak ramai adalah antara ketakutan paling ramai orang di dunia ini.

Namun bukan satu misteri apabila kita melihat orang – orang yang berjaya, ramai antara mereka adalah mereka yang berani bercakap di hadapan orang ramai. Lihat sahaja ikon – ikon kegemaran anda. Barangkali ramai antara mereka adalah mereka yang hebat dalam memberi pengucapan awam.

Satu ketika dahulu saya juga takut untuk berucap di hadapan orang ramai. Tambahan saya seorang pemalu dan pendiam. Menyukarkan lagi saya menguasai kemahiran ini. Satu tip daripada saya adalah practise make perfect. Pada mulanya memang kita akan merasa takut. Tetapi selagi kita tidak menghadapi ketakutan itu, sampai bila pun kita tidak akan melakukannya.

Apakata cuba sedikit demi sedikit. Pelajari ilmu dan kemahiran public speaking dan cari peluang untuk anda bercakap di hadapan orang ramai.

Pada mulanya memanglah susah, juga pada mulanya anda akan melakukan banyak kesilapan. Pada mulanya anda akan rasa ketakutan, tetapi practise make perfect. Lagi anda cuba, lagi anda lakukan, pastinya anda akan bertambah lebih baik lagi dan kemahiran ini akan mengubah hidup anda.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu