Keputusan Menjadi Kaya

Ambil keputusan untuk menjadi kaya seakan janji pada diri sendiri. Keputusan akan memaksa kita ambil langkah pertama.

Dengar berulang & lakukan!

Memang ramai antara kita ingin nak jadi, berniat nak jadi kaya atau mimpikan untuk jadi kaya . Tetapi  tidak ramai antara kita yang mengambil keputusan untuk  menjadi kaya, memang langkahnya ada dua, langkah pertama adalah untuk kita menetapkan matlamat kita untuk menjadi kaya untuk mencapai matlamat kita, tetapi langkah kedua adalah untuk kita tetapkan keputusan untuk kita bersungguh-sungguh untuk mencapai  matlamat yang kita telah letakkan itu

Sekiranya  kita tidak membuat keputusan tersebut ,kita umpama berdiri di tengah-tengah pagar  nak kaya juga  okey ,tidak kaya okey juga. Dan kalau dalam keadaan itu ,itu yang membuatkan kita tidak sanggup atau tidak mahu melakukan lebih lagi untuk mencapai  matlamat yang kita itu. Maklumlah kita ini ditengah-tengah pagar , oleh itu niat sahaja tidak cukup, matlamat sahaja tidak cukup, impian sahaja tidak cukup .

Melainkan kita membuat keputusan kita hari ini, untuk mencapai apa sahaja matlamat kewangan yang telah kita tetapkan. Jadi sekiranya anda belum menetapkan keputusan , untuk menjadi kaya mencapai matlamat lima angka anda atau enam angka anda, maka anda masih lagi belum bersedia untuk berusaha mencapai  matlamat tersebut. Membuat keputusan adalah umpama anda meletakkan janji pada diri anda untuk lakukannya , berusaha tanpa putus asa sehingga  tercapai matlamat yang telah ditetapkan. Keputusannya di tangan anda.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu