Mudah Tak Jadi Jutawan?

Mudah tak untuk menjadi jutawan? Kalau susah, ada tak cara mudah? Inilah caranya...

Dengar berulang & lakukan!

Susah ke nak jadi jutawan? Jawapannya susah. Kalau senang, ramai dah jadi jutawan sekarang ini.  Tetapi tidak ramai sebenanrnya yang jadi jutawan atau berpendapatan tinggi. Ramainya adalah berpendapatan sederhana ataupun berpendapatan rendah. Tetapi adakah cara untuk memudahkan lagi perjalanan kita untuk mencapai matlamat kita menjadi jutawan ataupun pendapatan 5 angka? Jawapannya memang ada. Iaitu untuk permudahkan jalan kita, pastikan kita membuat sesatu yang menarik minat kita vwalaupun sesuatu yang kita suka.

Contohnya apabila menjalankan perniagaan, pastikan perniagaan yang kita jalankan adalah perniagaan yang mengikut minat kita. Oleh kerana kita perlu meluangkan banyak masa, banyak tenaga dan mungkin juga banyak modal. Melakukan sesuatu yang mengikut minat kita, akan memudahkan jalan kita.

Bayangkan kita mempunyai satu hobi. Apabila kita mempunyai satu hobi, pastinya kita akan sering meluangkan masa kita pada hobi tersebut, mungkin juga kita meluangkan banyak tenaga kita. Tambahan mungkin hobi kita memerlukan modal yang banyak, tetapi kita tidak mengaduh kerana kita melakukan perkara yang kita suka dengan hobi itu.

Bayangkan sekiranya perniagaan yang kita jalankan adalah seperti hobi kita sendiri. Maka ini akan memudahkan lagi perjalanan kita dalam mencapai kejayaan, oleh kerana kerja yang susah akan dilihat seperti sesuatu yang mudah.

Kalau melakukan sesuatu yang kita tidak suka pastinya susah. Tetapi melakukan sesuatu yang kita suka, ia terasa seperti sesuatu yang menggembirakan kita. Itulah kuncinya bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan 5 angka ataupun matlamat jutawan dengan cara yanng lebih mudah lagi. Lakukan apa yang anda suka.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu