Orang Sindir Nak Buat Apa?

Mulut orang kita tidak boleh tutup. Begitulah juga dengan sindiran orang terhadap kita. Tapi apa perlu kita lakukan?

Dengar berulang & lakukan!

Memang menjadi lumrah dalam mencapai apa sahaja kejayaan pastinya ada yang menyindir, mengutuk, mengeji, dan seumpamanya. Penat-penat kita hendak berusaha, penat-penat kita berfikiran positif, ada sahaja yang berfikiran negatif dan hendak menjatuhkan kita. Mungkin bukan niat mereka tetapi ia tetap memberi effect kepada diri kita sendiri sehingga kita pula mula berfikir negatif.

Gangguan luaran ini sangat berbahaya seumpama virus. Perlahan-lahan ia akan menyelinap dalam diri kita sendiri dan membuatkan kita juga ragu-ragu untuk mencapai kejayaan. Boleh ke aku berjaya? Dan bila negatif itu terlalu banyak, kita fikir positif macam mana pun tidak akan berjaya juga. Jadi satu nasihat saya di sini adalah, sekiranya berfikir positif tidak menjadi, apa yang anda boleh lakukan adalah maafkan mereka. Jangan berdendam, jangan marah, tak perlu juga menyimpan perasaan negatif terhadap mereka oleh kerana memaafkan mereka adalah satu senjata yang sangat-sangat berkesan.

Api tidak boleh dilawan dengan api, tetapi api boleh dipadamkan dengan air. Apabila anda memaafkan mereka, buangkan segala perasaan negatif dalam diri anda dan beri fokus untuk mencapai kejayaan anda. Ubahkan sesuatu yang negatif itu menjadi positif. Jadikannya sebagai satu picu ataupun trigger untuk anda lebih berusaha dan buktikan kepada mereka bahawa anda boleh berjaya. Satu hari nanti bila anda mencapai kejayaan, barulah mereka akan senyap. Percayalah cakap saya oleh kerana saya telah melalui semuanya.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu