Pastikan Anda Menulis Matlamat

Matlamat hanyalah angan-anagn sahaja sekiranya ia tidak ditulis. Pastikan anda meletakkan matamat anda pada kertas!

Dengar berulang & lakukan!

Teknik yang penting dalam menetapkan matlamat kita adalah untuk kita menulis segala matlamat yang ingin kita capai. Proses kita menulis matlamat itu akan memberi kesan psikologi kepada diri kita sendiri. Dimana angan-angan kita yang dalam fikiran telah menjadi nyata pada kertas.Memang ramai orang mempunyai matlamat, tapi 98% daripada mereka tak menulis matlamat yang mereka ada ini dipanggil angan-angan, matlamat yang sebenar perlu ditulis. Apabila ianya bertulis seumpama janji kepada diri kita sendiri bahawa kita akan melakukan matlamat tersebut.

Di seminar saya, saya memberi satu latihan iaitu untuk menulis 10 matlamat yang ingin dicapai pada tahun ini dan cabarannya adalah untuk simpan sahaja senarai tersebut didalam laci anda. Genap setahun kemudian, apa yang anda perlu lakukan ialah lihat semula matlamat yang telah ditulis. Seringkali, mungkin enam ataupun tujuh daripada sepuluh matlamat tersebut telah tercapai.

Walaupun anda tidak mengusahakannya seperti mana yang disebutkan tadi menulis matlamat akan memasukkan matlamat tersebut di dalam minda separuh sedar anda dan minda anda akan melihat peluang-peluang yang ada disekeliling anda untuk diambil dan mencapai apa sahaja matlamat anda. Oleh itu, selepas ini ambil pen dan kertas serta tulis sepuluh matlamat apa yang anda ingin capai dalam masa tahun ini.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu