Pastinya Terdapat Rintangan Di Hadapan

Lagi besar matlamat, lagi besarlah rintangannya. Tanggungjawab anda untuk menghadapi rintangan tersebut.

Dengar berulang & lakukan!

Dalam mencapai sesuatu yang berbaloi dan matlamat yang besar, pastinya rintangan pun banyak. Hendak mencapai pendapatan 5 angka,  5 angka lah rintangan kita untuk mencapai pendapatan 6 angka pula rintangan kita. Lagi besar matlamat kita, lagi besar rintangan dihadapan.Mereka yang berjaya adalah mereka yang berjaya mengharungi rintangan-rintangan ini.Oleh itu, untuk mencapai matlamat kita yang berbaloi itu pastinya kita perlu tabah, kuat dan banyak bersabar dalam menghadapi segalanya.

Langkah yang perlu diambil adalah kita perlu tahu bakal-bakal atau rintangan yang mungkin akan datang satu hari nanti. Apabila kita bersiap sedia untuk menghadapi rintangan-rintangan itu akan lebih mudah apabila tiba waktu kita menghadapinya. Ramai yang tidak bersedia menghadapi rintangan akan menjadi lemah dan goyah apabila pertama kali menghadapinya. Jadi, langkah yang lebih baik adalah merancang dan ketahui apakah rintangan yang bakal datang. Seperti memandu kereta sekiranya ada masalah dihadapan mungkin aplikasi kita adalah waze atau google map akan memberitahu kepada anda supaya bersiap sedia.

Begitu juga mencapai matlamat anda, anda perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi rintangan dihadapan.Anggap perjalanan anda untuk mencapai matlamat adalah perjalanan mencari ilmu.Oleh itu dalam mengharungi rintangan-rintangan dihadapan sebenarnya mempelajari ilmu yang baru untuk memperbaiki diri anda kelak. Sememangnya orang yang berjaya hari ini adalah melalui pelbagai rintangan dan mudah mengharungi oleh kerana berpengalaman dan mempunyai ilmu-ilmu cara menghadapi rintangan tersebut.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu