Perancangan Itu Pasti

Membina rumah memerlukan perancangan. Begitu juga membina kejayaan. Tanpa perancangan pastinya kita akan jatuh rebah.

Dengar berulang & lakukan!

Seringkali kita dengar kata-kata yang berbunyi gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, pastinya perancangan itu adalah penting. Bayangkan seorang kontraktor membina bangunan yang gah pastinya pelan perancangan diperlukan dalam membina bangunan tersebut, begitu juga kita mencapai matlamat kita perlukan pelan perancangan.

Perancangan ada yang jangka masa pendek dan jangka masa pendek seperti saya sendiri, saya suka letakan maktlamat setiap hari apakah perkara-perkara yang perlu saya lakukan pada hari ini dan apakah perancangan-perancangan yang perlu saya lakukan pada hari ini, minggu ini, bulan ini, bulan hadapan dan beberapa bulan lagi serta pada tahun ini. Apabila kita meletakkan perancangan rapi ia memudahkan kita dan mengingatkan kita sentiasa mengikut segala perancangan yang ditetapkan.

Adakalanya kita akan tersasar, itu tidak mengapa asalkan kita mempunyai perancangan untuk kita ikut. Hukum alam mengatakan apa yang kita berikan akan kita terima sekiranya kita merancang dan berusaha sedikit maka sedikitlah pulangannya tetapi kita merancang untuk banyak lebih maka banyaklah pulangannnya. Maaf, tiada jalan pintas disini kerana kunci kejayaan adalah mempunyai matlamat, merancang kearahnya dan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu