Perlu Mengubah Diri Sendiri

Untuk mendapat keputusan yang berbeza, pastinya kita perlu lakukan perkara yang berbeza. Ubah diri sendiri ke arah kebaikan.

Dengar berulang & lakukan!

Pastinya  untuk mencapai  matlamat kewangan  anda, anda perlu mengubahkan diri anda sendiri. Tabiat anda kini telah membawa anda dimana anda sekarang ,tetapi untuk membawa anda ketahap yang lebih tinggi matlamat kewangan yang lebih tinggi pastinya perlu usaha yang lebih tinggi.

Anda perlu merancang untuk bangun lebih awal, usaha lebih keras dan kerja lebih lama untuk mencapai matlamat kewangan anda. Hanya  bekerja lapan jam sehari mungkin tidak dapat mencapai matlamat yang anda impikan . Mungkin sebelum ini, itu yang telah anda lakukan.Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah tambahkan masa kerja anda, tambahkan usaha anda juga. Menurut buku Doctor Thomas Stanley “The Milliionaire Next Door”, dia mengatakan bahawa mereka yang berjaya dalam kewangan bekerja 60 hingga 70 jam setiap hari.

Dan ramai antara usahawan jutawan bekerja lebih 80 jam setiap hari dalam mengusahakan perniagaan mereka sepertimana yang saya katakan bahawa untuk mencapai matlamat yang besar usaha perlulah besar. Dan kita perlu ubah diri kita sendiri, tabiat kita kepada tabiat yang baru. Mungkin bunyinya agak sukar nak bekerja lebih 80 jam setiap hari. Tetapi sekiranya kita lakukan apa yang kita minat, apa yang kita suka, apa yang membuatkan kita seronok maka 80 jam setiap hari itu umpama bukan kerja ,ianya umpama melakukan sesuatu yang menyeronokkan kita. Dan itilah yang terbaiknya apabila kita bekerja yang tidak rasa seperti bekerja.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu