Rancang Hari Anda Pada Malam Sebelumnya

Amalan ini akan menjadikan anda lebih produktif dan efektif. Cuba lakukan dan anda akan dapat lihat kesannya.

Dengar berulang & lakukan!

Satu teknik pengurusan masa yang anda perlu cuba sekiranya anda belum amalkan adalah, rancangkan hari anda pada malam sebelumnya. Contohnya apa saja yang anda ingin lakukan esok, rancangkan pada malam ini. Ambil pen dan ambil kertas dan tulis langkah demi langkah apa yang anda perlu lakukan pada hari esok.

Ianya juga dikenali sebagai to do list. Seringkali ini yang saya lakukan dan penyelidikan mengatakan bahawa apabila kita merancang pada hari sebelumnya, pada malam itu, apa yang kita rancang akan masuk ke dalam minda separuh sedar kita ketika kita sedang berehat. Idea – idea ini akan menjadi lebih jelas pada keesokan pagi.

Amalkan juga untuk mulakan pagi anda lebih awal, oleh kerana pelbagai rezeki ada di waktu pagi. Minda kita lebih segar, tenaga juga sudah pulih selepas tidur dan waktu inilah yang terbaik anda mulakan kerja anda. Perancangan yang rapi pada malam sebelum itu akan membantu melancarkan lagi segala usaha anda pada hari tersebut. Kalau anda tidak pernah cuba, lakukan pada malam ini.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu