Saya Tidak Yakin

Sememangnya keyakinan diri adalah antara kunci penting dalam mencapai kejayaan. Apakah caranya untuk mendapatkan keyakinan diri?

Dengar berulang & lakukan!

Pernah saya kongsikan tentang orang memandang negatif terhadap kita. Mereka menyindir, mengutuk dan cuba menjatuhkan kita. Tetapi sebenarnya apa yang lebih penting dan berat lagi apabila kita sendiri berfikir negatif pada diri sendiri, di mana minda kita sendiri yang mengatakan bahawa kita tidak boleh melakukan, kita tidak akan berjaya, kita akan gagal, dan ini yang paling bahaya, jauh lebih bahaya daripada orang yang mengatakan kepada kita.

Kunci utama dalam kejayaan adalah keyakinan diri. Dan keyakinan diri tidak akan datang sekiranya kita sering berfikiran negatif terhadap diri kita sendiri, kita tidak yakin pada kebolehan diri kita sendiri. Namun pada dasarnya, faktor keyakinan diri ini bergantung kepada pengalaman kita. Sekiranya bertahun-tahun kita sering terdedah dengan perkara-perkara yang negatif, yang membuatkan kita tidak yakin dengan diri kita sendiri, kurang sokongan, maka ia akan menjadikan kita seorang yang kurang berkeyakinan diri.

Tetapi sekiranya pengalaman kita adalah bersama orang-orang yang berjaya, orang yang sering memberi sokongan dan kita terdedah dengan elemen-elemen yang lebih positif, maka kita akan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan diri sendiri. Tetapi jangan takut oleh kerana keyakinan diri adalah satu skil ataupun kebolehan yang boleh di amalkan dan di pelajari. Bukan bermaksud sekiranya kita berkeyakinan rendah, kita tidak boleh mengubahkan keyakinan diri kita menjadi lebih tinggi.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mula bercampur-gaul dengan mereka yang lebih positif lagi. Baca artikel-artikel yang lebih positif, tonton klip-klip di YouTube yang memberi kegembiraan dan positivity kepada diri anda sendiri. Ciptakan pengalaman sendiri supaya anda sering mendapat input yang lebih positif lagi. Dan yang lebih penting lagi adalah ubahkan suara dalaman anda daripada negatif menjadi positif, daripada aku tidak boleh melakukannya menjadi aku boleh melakukannya, aku pasti akan berjaya dan tiada siapa boleh menghentikannya. Ulang ayat-ayat ini berkali-kali, berpuluh kali, beratus kali, beribu kali dalam diri anda sendiri dan lambat laun anda juga memberi pengalaman kepada diri anda sendiri menjadi insan yang lebih positif lagi. Teknik ini dikenali sebagai affirmation di mana anda memberi suara-suara positif dalam diri anda sendiri dan menciptakan pengalaman positif untuk diri anda.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu