Semuanya Perlu Pantas!

Kepantasan akan memberikan momentum. Momentum akan memberi kepantasan dalam mencapai kejayaan!

Dengar berulang & lakukan!

Amalkan sesuatu yang kita belajar dengan pantas. Apabila kita belajar sesuatu yang dapat membantu kita, cuba amalkan dengan pantas dan jangan ditunggu. Ramai yang bertanyakan pada saya tentang bagaimana hendak mendapat momentum.

Momentum sebagaimana kereta yang laju akan lebih sukar untuk berhenti berbanding kereta yang perlahan. Sama juga dengan aksi kita apabila kita belajar sesuatu. Apabila kita belajar sesuatu, dengan cepat amalkannya. Ini akan memberi momentum kepada diri kita sendiri, bukan sahaja untuk mencari ilmu yang baru, tetapi mendapat pulangan daripada apa yang telah kita amalkan.

Contohnya apabila anda mendengar mikro modul dalam program 5 angka ini, pastinya anda amalkannya dengan pantas. Apa yang hendak ditunggukan lagi betul tak? Lagi pantas anda lakukan, lagi pantas anda akan mendapat pulangannya. Bak kata fast action will give you fast result.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu