Tetapkan Matlamat Yang Realistik

Matlamat yang tidak realisitik akan membuatkan kita ragu-ragu untuk mencapainya. Letakkan matlamat yang tinggi, tetapi relaistik,

Dengar berulang & lakukan!

Pastinya dalam menetapkan matlamat, anda perlu meletakkan matlamat yang realistik.Matlamat yang tidak realistik contohnya yang terlalu besar dan terlalu jauh mungkin sukar diterima akal. Akan memberi konflik dalam fikiran anda, tetapi dalam matlamat yang lebih realistik akan membuatkan anda lebih yakin untuk mencapainya contohnya untuk menjadi jutawan dalam masa setahun memanglah susah, tidak mustahil tetapi sukar diterima akal tetapi menjadi jutawan dalam masa sepuluh tahun ia merupakan matlamat yang lebih realistik lagi bergantung kepada keadaan kita kini.

Sekirannya pendapatan kita sudah tinggi, perniagaan kita sudah berjaya nak mencapai pendapatan 6 angka, 7 angka adalah realistik tetapi sekiranya kita masih belum memulakan perniagaan.Untuk memulakan perniagaan yang terus menjana pendapatan 5 ataupun 6 angka pastinya jauh lagi perjalanannya.Oleh itu, apabila menetapkan matlamat pastikan matlamat anda adalah yang realistik. Sebenarnya matlamat yang tidak realistik dan terlalu besar mungkin akan mengurangkan motivasi anda apabila anda melihatnya seperti sangat jauh untuk dicapai. Memang digalakkan untuk meletakkan matlamat yang paling besar dan yang paling tinggi tetapi langkah seterusnya ialah jangka masa untuk mencapai matlamat tersebut perlu diletakkan dengan lebih lama.

Seseorang itu tidak akan mencapai matlamatnya hanya kerana dua perkara samada matlamat tersebut terlalu besar ataupun jangka masa untuk mencapai matlamat tersebut terlalu singkat. Disini apa yang perlu anda lakukan adalah ubah matlamat anda ataupun ubah jangka masa untuk mencapainya. Anda juga boleh memecahkan matlamat anda yang besar kepada unit-unit yang lebih kecil dan ini juga menjadikan matlamat yang besar itu lebih realistik untuk dicapai apabila dipecahkan kepada unit yang lebih kecil.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu