Tiru Kejayaan Orang Lain

Kejayaan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah diciptakan oleh orang lain. Apa yang anda perlu lakukan adalah tiru.

Dengar berulang & lakukan!

Gunakan kisah – kisah orang yang sudah berjaya sebagai satu inspirasi ataupun satu model untuk anda mengikutinya. Tidak kira apa sahaja industri di dunia ini sudah pastinya ada orang yang berjaya dalam bidang tersaebut.

Bidang anda bukannya bidang yang baru, pastinya sudah ada yang berjaya dalam bidang yang kini anda lakukan. Apa yang anda perlukan adalah cari inspirasi dan modelkan kejayaan mereka kepada diri anda sendiri. Mat Saleh kata don’t reinvent the wheel. Anda tidak perlu mencipta sesuatu yang baru, anda tidak perlu cipta teknik yang baru dan tidak perlu cipta strategi yang baru.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah guna teknik dan strategi yang telah menjadi pada orang lain dan gunakan untuk diri anda sendiri. Dalam waktu yang sama, mungkin juga anda telah mendengar kisah – kisah kegagalan mereka dalam bidang anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, apa yang baik anda boleh modelkan, apa yang tidak menjadi anda boleh abaikan.Dengan hanya menggunakan formula ini, pastinya lebih mudah untuk anda mencapai kejayaan anda sendiri.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu