modul misi bebas hutang

10% Adalah Permulaan

Sebaiknya simpan 10% dari pendapatan anda setiap bulan. Namun ianya hanyalah permulaan..

Dengar berulang & lakukan!

Sebagai syarat, kita tahu kita perlu menyimpan 10% daripada pendapatan yang kita terima. Namun perlu diingat 10% tersebut hanyalah pada permulaan. Sekiranya pendapatan kita bertambah, jangan pula sentiasa menyimpan hanya 10% sahaja, apa kata tambahkan juga simpanan kita. Mungkin 15%, 20%, 25% sehingga lebih dari itu pun boleh.

Mungkin ketika pendapatan kita satu ribu ringgit sebulan kita boleh menyimpan 10% satu ratus ringgit untuk diri kita sendiri. Namun sekiranya pendapatan kira lima ribu ringgit mungkin kita boleh menyimpan tujuh ratus lima puluh ringgit iaitu 15% darpada pendapatan kita, bukan lagi 10%.

Apabila pendapatan kita bertambah, tambahkan juga peratusan simpanan untuk diri sendiri. Dengan cara ini pastinya lebih pantas lagi untuk kita mencapai matlamat bebas kewangan kita.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu