modul misi bebas hutang

5 Peringkat Masalah Kewangan

Sebagai manusia kita tidak lari dari masalah. Adakalanya melibatkan wang. Berikut adalah peringkat-peringkat yang akan di lalui...

Dengar berulang & lakukan!

Apabila dilanda masalah kewangan seringkali seseorang itu akan melalui 5 peringkat. Peringkat pertama adalah dimana mereka tidak akan menerima hakikatnya bahawa mereka didalam masalah kewangan tersebut. Peringakat kedua adalah perasaan marah mula melanda dan perasaan marah ini akan mengakibatkan pergaduhan dan sedihnya apabila atas sebab keretakkan rumahtangga berlaku oleh kerana masalah kewangan yang menyebabkan pengaduhan antara suami dan isteri.

Peringkat ketiga adalah apabila nafsu amarah tiba maka seseorang itu akan menyalahkan keadaan ataupun orang lain. Mereka seumpama tidak melihat kesalahan dan punca dari diri kita sendiri. Peringkat keempat adalah apabila perasaan mara reda dan mereka mula dapat berfikir positif dan rasional tentang keadaan kewangan. Dalam keadaaan ini akan lebih jelas dan dapat melihat cara mengawal bahagian kewangan serta memperbaiki keadaan kewangan semasa.

Peringkat kelima adalah peringkat yang perlu dilakukan dengan pantas iaitu kesedaran dan mengambil tindakan untuk memperbaiki masalah kewangan melanda. Bergantung kepada individu itu, kelima-lima peringkat ini akan mengambil masa yang lama ataupun masa yang lebih singkat lagi. Mungkin beberapa hari, beberapa minggu, berbulan-bulan ataupun jangan sampai bertahun-tahun. Tanggungjawab kita adalah untuk melalui proses ini secepat mungkin dan ianya boleh dilakukan sekiranya seratus peratus tanggungjawab kewangan pada diri kita sendiri.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu