modul misi bebas hutang

Bayar Diri Sendiri 10%

Pay Yourself First adalah konsep penting dalam buku kewangan. Maksudnya untuk anda bayar diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum bayar perkara-perkara lain.

Dengar berulang & lakukan!

Satu syarat kewangan yang perlu anda ikut adalah simpan untuk diri sendiri dahulu. Berapa yang anda simpan adalah 10% daripada pendapat bulanan kita ertinya, jika pendapatan sebanyak 3 ribu ringgit pastikan 300 ringgit disimpan dan bayar kepada diri kita terlebih dahulu. Sekiranya pendapatan kita 5 ribu ringgit, pastikan 500 ringgit dibayar kepada kita terlebih dahulu sebelum membelanjakan wang kita.

Konsep ini dipanggil pay yourself, mungkin bagi sesetengah kita menyimpan 10% daripda pendapatan kita itupun dilihat sukar. Tetapi jangan risau, apa yang perlu kita lakukan adalah mulakan sedikit demi sedikit contohnya jika tidak mampu menyimpan 10% daripada pendapatan kita maka simpan terlebih dahulu 2% sehingga kita merasa selesa menyimpan 2% daripada pendapatan kita. Apabila sudah selesa, naikkan peratus tersebut kepada 4% seterusnya 6%, 8% dan 10%.

Sama juga sekiranya kita sudah selesa menyimpan 10% daripada pendapatan dan mempunyai ruang untuk menyimpan lebih lagi maka pay yourself first sebanyak 12%, 15% dan seterusnya. Konsep pay yourself first bermaksud bukan tunggu pada hujung bulan kemudian menyimpan 10% tersebut tetapi apabila menerima pendapatan kita, ketepikan terlebih dahulu 10% untuk simpanan diri kita sendiri terlebih dahulu.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu