modul misi bebas hutang

Berjimat Sangat Membosankan

Berjimat itu agak membosankan. Maklumlah, hendak berbelanja dan berseronok tetapi perlu menyimpan pula. Tetapi...

Dengar berulang & lakukan!

Ada yang berpendapat bahawa  menyimpan itu sesuatu yang membosankan maklumlah tidak dapat berbelanja pula wang kita untuk membeli sesuatu yang dapat mengembirakan kita. Dekat sini masalahnya,masalahnya adalah apabila kita mengaitkan kegembiraan dengan wang ertinya kalau kita belanja wang kita akan gembira dan kalau kita tidak belanjakan wang  kita akan bersedih pula dan sekiranya ini pendapat kita, maka kita akan terperangkan dalam satu kitaran yang sangat-sangat berbahaya  dimana untuk gembira kita telah mengaitkan wang  untuk membuatkan kita rasa gembira , suka , seronok da sebagainya.

Bak kata orang terapi shopping , bila kita shopping  kita akan rasa gembira , sebenarnya kita perlu melihat bahawa ada banyak lagi perkara yang boleh mengembirakan kita . Jangan kaitkan wang dengan kegembiraan mungkin beriadah dengan keluarga , luangkan masa dengan anak-anak , menziarahi ibubapa atau bersama rakan-rakan . Apabila kita tidak mengaitkan wang dan kegembiraan maka disitu bukan sahaja hati dan perasaan kita akan rasa lebih bebas dalam waktu yang sama kita juga akan dapat menjimat lebih banyak wang tanpa rasa bosan.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu