modul misi bebas hutang

Bersama mereka sihat wang

Apabila kita sentiasa bersama mereka yang mempunyai kewangan sihat, kita juga akan turut mengikuti tabiat tersebut.

Dengar berulang & lakukan!

Pepatah Inggeris berbunyi If you want to fly like a eagle don’t flock with the turkeys. Maksudnya kalau mahu terbang setinggi helang, jangan pula kita bersama ayam belanda. Begitulah rasminya dalam pengurusan kewangan. Ertinya sekirangan di kalangan rakan – rakan kita dari kalangan orang yang boros, kita pun akan terikut – ikut menjadi boros.

Tapi sekiranya kenalan – kenalan kita adalah mereka yang sering menjaga perangai mereka, maka kita juga akan terikut – ikut tabiat baik itu dan kita juga akan menjadi lebih peka dengan pengurusan kewangan kita.

Ianya dikatakan 86% kejayaan kita bergantung kepada mereka di sekeliling kita. Seperti mana hadith juga menyatakan bahawa sekiranya kita bersama tukang besi maka kita akan terkena percikan api. Tetapi sekiranya kita bersama penjual haruman, kita akan mendapat wangiannya.

Bukan maksudnya untuk kita hanya memilih kenalan di kalangan orang – orang kaya sahaja, tetapi sebaiknya cari kenalan – kenalan yang mempunyai tabiata kewangan yang sihat. Oleh kerana kita ingin terdedah kepada tabiat kewangan sebegitu untuk diri kita sendiri pula.

Sesungguhnya rakan itu ibarat cermin. Bagaimana kita melihat mereka, begitulah kita akan lihat diri kita pula.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu