modul misi bebas hutang

Bila Berfikir Negatif Mengenai Wang

Untuk menjadi kaya, pastikan tiada tanggapan negatif terhadap wang dalam minda kita.

Dengar berulang & lakukan!

Ada di antara kita berfikiran negatif tentang wang. Sekiranya fikiran kita negatif tentang wang maka sukarlah kita hendak mendapat wang. Ada sebab – sebabnya kita berfikiran negatif tentang wang, antaranya termasuk mungkin kita pernah melihat orang kaya yang berlagak, sombong, tidak sedar diri dan kita fikirkan bahawa wang telah menyebabkannya jadi sebegitu.

Oleh itu kita pun takut kepada wang. Mungkin juga kita berasa negative tentang wang apabila kita menonton di kaca televisyen, orang yang jahat sering kali adalah orang yang kaya. Manakala hero adalah dari kalangan mereka di kalangan orang yang miskin pula. Ataupun di dada – dada akhbar tidak lari dengan kes – kes rasuah yang terpampang. In i membuatkan kita amat takut tentang wang.

Sememangnya ada kesan negatif tentang wang, tetapi selagi iman kita kuat dan niat kita betul In Sha Allah kita tidak akan terjerumus ke arah itu. Buangkan perasaan negatif terhadap wang supaya lebih mudah untuk kita mencari wang, mendapatkan wang dan menyimpan wang yang kita ada.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu