modul misi bebas hutang

Jadi Financially Free!

Tak semestinya anda jadi jutawan. Tetapi sangat penting untuk menjadi Financially Free! Bagaimana caranya?

Dengar berulang & lakukan!

Tidak semestinya matlamat kita hendak menjadi seorang jutawan ataupun pendapatan 4 angka, 5 angka, 6 angka tetapi tepuklah dada tanya selera. Saya mengesyorkan kita mempunyai matlamat untuk sekurang-kurangnya menjadi bebas masalah kewangan ataupun kewangandiri Apa yang dimaksudkan disini adalah pendapatan financially free, residual income kita ataupun passive income kita iaitu pendapatan tanpa perlu kita bekerja serta dan menampung kos hidup kita.

Bayangkan seperti ini, kos sara hidup kita adalah 4 ribu ringgit sebulan dan dalam waktu yang sama kita mempunyai pelaburan yang memberi pulangan 1600 ringgit sebulan, mungkin juga kita mempunyai 2 rumah untuk disewakan serta mendapat pulangan 1 ribu ringgit sebulan atau menjalankan pendapatan di internet secara automatik yang memberi sedikit pulangan sebanyak 1500 ringgit sebulan dan digabungkan kita akan mendapat lebih dari 4 ribu ringgit sebulan. Ini dapat menampung kos sara hidup kita tanpa perlu kita melakukan sebarang kerja lagi, inilah dipanggil financially free.  Apa kata letakkan matlamat utama anda untuk menjadi financially free bagi mendapatkan passive income ataupun residual income anda supaya dapat menampung kos hidup anda tanpa anda perlu bekerja lagi.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu