modul misi bebas hutang

Jana Pendapatan Sampingan

Ramai antara mereka yang berjaya dalam kewangan bermula dengan perniagaan sambilan. Sudahkah anda memulakan perniagaan sambilan?

Dengar berulang & lakukan!

Untuk menjana pendapatan tambahan, fikirkan untuk menjana pendapatan secara sampingan. Sememangnya 9 daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan. Sekiranya kita belum pernah memulakan perniagaan, jangan pula berhenti kerja makan gaji untuk member fokus kepada perniagaan, itu bukan caranya. Tetapi mulakan perniagaan secara sampingan.

Melalui kisah – kisah orang yang berjaya, ramai antara mereka telah menjana pendapatan yang lumayan melalui perniagaan sampingan. Diri saya juga pada mulanya bekerja makan gaji, di samping itu menjalankan perniagaan sampingan melalui internet. Apablila pendapatan perniagaan internet saya melebihi pendapatan kerja makan gaji saya, di situlah saya mengambil keputusan untuk berhenti dan member fokus kepada perniagaan tersebut secara sepenuh masa.

Dengan menjalankan perniagaan secara sambilan, anda akan mendapat lebih banyak ilmu lagi di samping mengurangkan risiko. Sekiranya anda masih bekerja makan gaji, apakata cuba mulakan perniagaan secara sambilan dan mana tahu rezeki perniagaan tersebut akan berkembang menjadi karier baru anda.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu