modul misi bebas hutang

Masa Untuk Berfikir Positif Mengenai Wang!

Berfikir positif adalah kunci kejayaan. Begitu juga dalam kewangan yang memerlukan kita berfikir positif.

Dengar berulang & lakukan!

Fikirkan positif mengenai wang,  ini akan memudahkan kita menarik rezeki wang. apa yang anda boleh lakukan adalah ambil pen, ambil kertas dan senaraikan apakah manfaat – manfaat yang anda boleh perolehi dengan adanya wang.

Mungkin wang akan memberikan kesenangan kepada anda, mungkin wang juga akan memberi kesenangan kepada keluarga anda. Pastinya ianya dapat membantu masyarakat, bangsa dan juga agama.

Pesan seorang pakar kewangan, Azizi Ali dengan keadaan wang yang terbaik, anda akan mendapat pendidikan terbaik, perubatan yang terbaik dan gaya hidup yang lebih baik. Tak salah mempunyai wang yang banyak.

Kisah sahabat – sahabat Rasulullah S.A.W menceritakan tentang sahabat- sahabatnya yang kaya – raya dari segi wang dan harta yang diperolehi. Namun perlu diingat juga, pastinya kita perlu gunakan wang kepada jalan yang betul apabila minda kita mempunyai tanggapan yang lebih positif tentang wang, ini akan memudahkam kita menarik rezeki wang kepada diri kita.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu