modul misi bebas hutang

Pembelian Yang Beremosi

90% daripada keputusan belian adalah keputusan emosi. Bagaimana hendak mengawal belian emosi ini?

Dengar berulang & lakukan!

Sebagai manusia sepastinya kita mempunya emosi , apa tah lagi dalam belian , oleh itu tip kali ini pula adalah untuk kita berjimat daripada pembelian yang berbentuk emosi . Semestinya 90 % daripada keputusan belian adalah keputusan emosi. Jadi kita perlu berjaga-jaga supaya tidak terbeli sesuatu yang kita tidak perlukan . Bagaimana hendak mengawal belian berbentuk emosi ini?  Cuba ikut 3 langkah tersebut , langkah pertama tuliskan rancangan kewangan anda , seperti menetapkan matlamat merancang kewangan juga perlu ditulis, ambil kertas  ambil pen dan tulis perancangan kewangan anda

 

Apabila anda menulis rancangan kewangan anda, ini akan masuk ke minda separuh sedar anda dan sedikit sebanyak akan membantu juga anda dalam membuat keputusan belian .
oleh kerana matlamat anda telah diambil dengan lebih serius lagi. Langkah kedua adalah , apabila kita keluar membeli belah nanti bawa wang tunai sahaja, adakalanya bila kita mempunyai kad kredit nanti terlebih belanja pula oleh kerana kita tidak nampak  lihat wang tunai  yang keluar daripada poket kita , apa yang  kita dapat lihat hanyalah sekeping  kad plastik  yang pada akhirnya akan berbelanja beribu-ribu ringgit .
Tip ketiga adalah favourite  saya , iaitu tunggu 2 minggu , maksudnya adalah sekiranya kita llihat sesuatu yang kita ingin beli , yakinkan pada diri kita sendiri untuk tunggu 2 minggu . Oleh kerana dalam masa 2minggu itu kita akan lebih fikirkan sama ada kita perlu atau tidak sesuatu itu . Sekiranya dalam masa 2 minggu itu kita rasa kita masih memerlukanya maka terpulang kepada kita untuk membeli tetapi adakala dalam masa 2 minggu tersebut kita akan lebih rasional dan fikirkan bahawa mungkin kita tidak perlu sesuatu itu. Dalam keadaan ini kita telah berjaya menjimatkan kita dalam belian emosi tersebut.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu