modul misi bebas hutang

Psikologi Kad Kredit

Penggunaan kad kredit ada baiknya. Tetapi ada juga buruknya. Fahami psikologi penggunaan kad kredit di sini.

Dengar berulang & lakukan!

Penggunaaan kad kredit tidak salah, malah kad kredit membantu apabila kita tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk pembelian. Tapi penggunaan kad kredit yang tidak bertanggung jawab, itu yang akan membawa padah. Penggunaan kad kredit membawa padah apabila pengguna cuai dalam perbelanjaan. Ini kerana dari segi psikologinya kita tidak dapat melihat transaksi wang yang keluar.

Pernah atau tidak anda melihat rancangan di televisyen, di mana orang berjudi menggunakan cip dan bukan menggunakan wang tunai? Mereka lalai berjudi di kasino hanya menggunakan cip – cip plastik sahaja. Inilah kesannya kad kredit, di mana mereka yang lalai berjudi juga tidak perasan bahawa wang yang banyak telah keluar. Katalah sekiranya mereka menggunakan wang tunai ketika berjudi, mungkin mereka juga saying dengan wang tersebut.

Ini hanya sekadar contoh apabila melakukan transaksi tanpa wang tunai terlibat. Oleh itu sebaiknya jauhkan penggunaan kad kredit yang lalai atau jauhkan sama sekali penggunaan kad kredit.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu