modul misi bebas hutang

Sejam seminggu untuk memantau kewangan

Masa itu emas. Namun, masa yang diambil untuk mendalami kewangan adalah sangat penting- seperti emas!

Dengar berulang & lakukan!

Mereka yang berjaya dalam bidang kewangan adalah mereka yang sering memantau dan meninjau keadaan kewangan mereka . Berapa  lama anda perlu memantau dan meninjau kadar kewangan anda? Sekurang-kurangnya dalam masa seminggu pastikan anda meluangkan 1 jam daripada masa anda untuk melihat keadaan kewangan anda.

Adakalanya kita akan rasa malu-malu kucing sahaja nak melihat keadaan kewangan kita sekiranya kewangan kita itu teruk tetapi inilah yang perlu dilakukan  walaupun keadaan kewangan kita teruk, masa itu lebih-lebih lagi kita perlu memantau dan melihat dengan jujurnya keadaan kewangan kita .

Lebih lama kita memantau dan melihat keadaan kewangan lebih kita akan sedar dan tahu apakah perancangan yang perlu kita lakukan untuk mencapai destinasi bebas kewangan kita kelak. Jadi berhenti sebentar , dan apa yang anda perlu lakukan lihat dengan teliti keadaan kewangan anda kini , berapa banyak hutang anda, berapa banyak wang keluar anda, berapa banyak wang masuk juga , apakah aset-aset anda dan juga perancangan kewangan anda untuk hari-hari ,mingu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang dalam memperbaiki keadaan kewangan anda kini. Luangkan 1 jam setiap minggu

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu