modul misi bebas hutang

Tidak Kepada Skim Cepat Kaya

Dari dulu hingga kini, skim cepat kaya bijak mencari mangsanya. Jangan pula kita terperangkap!

Dengar berulang & lakukan!

Katakan tidak kepada skim cepat kaya , memanglah zaman ini ramai katamereka tidak akan terjerat dengan skim-skim cepat kaya. Mana tidaknya sekarang ini skim cepat kaya sudah pelbagai jenis , pelbagai cara pula sampai kita sendiri tidak sedar ianya skim cepat kaya . Sebenarnya untuk mencapai kekayaan tiada jalan pintas .

Saya telah membaca beratus buku kewangan , memang tiada satu buku mengatakan bahawa ada cara untuk mengandakan pendapatan kita dengan pantas dan mudah, dan ini yang sering diwar-warkan oleh mereka yang menjalankan skim cepat kaya bahawa kita boleh menjadi kaya dengan pantas dan mudah . Diri saya sendiri mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai bebas kewangan . Hanya kepada mereka yang tidak ingin menunggu  bertahun-tahun seringkali mereka tidak sabar dan terjerat dengan skim-skim yang menjanjikan pulangan lumayan pada waktu yang singkat dengan mudah .

Fikirkan bekali-kali sekiranya anda ditawarkan dengan program kewangan yang menjanjikan anda mengandakan kewangan dengan pantas dan mudah . Ianya tidak wujud , jangan lupa sekiranya wang anda laburkan lenyap dengan skim-skim sebegini  bukan sahaja wang sahaja lebur tetapi masa anda  bertahun-tahun untuk memperolehi wang tersebut juga akan rugi . Oleh itu katakan tidak kepada skim cepat kaya , silap-silap ianya skim cepat kayap, mudahan  jauhkan dari kita.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu