modul misi bebas hutang

Undang-Undang Parkinson's Dalam Kewangan

Kewangan akan bertambah diberi pengalaman dan masa. Tetapi begitu juga dengan perbelanjaan. Mengapa ini berlaku?

Dengar berulang & lakukan!

Dalam kewangan terdapat undang-undang parkingsons yang mengatakan bahawa lebih banyak pendapatan kita lebih banyak pula perbelanjaan kita. Maklumlah sekiranya pendapatan 2 ,3 ribu ringgit kita punya perbelanjaan pula lebih kurang 2,3 ribu ringgit . Tetapi sekiranya mendapat durian runtuh pendapatan kita meningkat ke 6,7 ribu ringgit nanti perbelanjaan kita , 6,7 ribu ringgit juga.

Jadi, dalam kekayaan untuk menjana kekayaan yang lebih untuk meningkatkan lagi simpanan kita , kita perlu secara sedar  melawan undang-undang parkingsons ini. Maklumlah manusia mempunyai emosi , apabila tambahnya pendapatan kita pastinya minat dan kemahuan kita juga bertambah untuk memiliki sesuatu yang lebih mahal yang tidak mampu suatu ketika dahulu .

Ini adalah perkara biasa , tetapi perlu berhati-hati  supaya kita sentiasa beringat tentang undang-undang parkingsons ini supaya apabila pendapatan kita meningkat  jangan pula perbelanjaan meningkat pada kadar yang sama.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu