modul misi bebas hutang

Wang Berganda Automatik

Ada caranya dengan hanya goyang kaki, kita boleh gandakan wang kita. Tak percaya?

Dengar berulang & lakukan!

Pada waktu saya kecil dahulu, cara untuk mendapatkan duit adalah dengan mengoyangkan kaki dengan menjahit. Pada zaman dahulu, mesin jahit memerlukan penjahit mengoyangkan kaki untuk berfungsi. Tetapi pada masa kini terdapat cara untuk mengandakan wang dengan cara goyang kaki sahaja tanpa mesin jahit. Cara tersebut dipanggil compounding dan merupakan cara apabila kita melaburkan wang kita dengan cara membiarkan keuntungan daripada pelaburan tersebut dilaburkan semula untuk keuntungan pelaburan-pelaburan pada tahun-tahun akan datang.

Ertinya apabila kita melabur wang dimana kita perlu melupakannya sekiranya kita melabur RM100 sahaja dan mendapat pulangan 10% daripadanya. RM100 itu akan menjadi sebanyak RM110 pada tahun depan, RM121 pada tahun berikutnya, RM133 pada tahun seterusnya dan akan meningkat secara berterusan. Dalam masa tujuh tahun, pulangan keuntungan sebanyak 10% atas wang yang dilaburkan akan menjadi dua kali ganda. Ertinya jika RM100 tidak disentuh sehingga tujuh tahun ia akan menjadi sebanyak RM200, manakala jika RM1000 tidak disentuh sebanyak tujuh tahun ia akan menjadi RM2000.

Jadi bayangkan sekiranya, orang kaya yang melaburkan sebanyak 1 juta ringgit dibiarkan selama tujuh tahun pada kadar pulangan 10%, ia akan menjadi sebanyak 2 juta ringgit. Itulah dipanggil duduk dirumah hanya goyang kaki sahaja, apabila kita memahami konsep compounding ini, kita perlu melaburkan wang dan melupakannya bukan dengan cara mengeluarkan keuntungan tersebut setiap tahun. Biarkan keuntungan pelaburan itu berkembang setiap tahun dan pada tahun-tahun akan datang, apabila sudah sampai tujuh tahun jumlah pelaburan kita akan berganda tanpa kita perlu melakukan apa-apa.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu