modul misi bebas hutang

Wang Umpama Pili Dan Sink

Bayangkan wang seperti aliran air dari pili yang memenuhi singki. Lebih deras, maka lebih baik.

Dengar berulang & lakukan!

Anggap wang seumpama pili dan sinki. Ini kerana, bayangkan apabila kita mengalirkan air di sinki yang mempunyai kebocoran di bawah, pastinya sinki tersebut tidak akan dapat dipenuhi. Namun bayangkan sebegini, sinki tersebut mempunyai dua taupun tiga ataupiun empat pili, di mana keempat – empatnya air mengalir dengan lebih deras. Walaupun mempunyai kebocoran di sinki tersebut, lambat laun sinki itu akan penuh dan melimpah – limpah dengan air.

Begitu juga dengan kewangan, pastinya setiap pendapatan kita ada perbelanjaan yang keluar, tetapi sekiranya kita mempunyai aliran pendapatan yang berganda beerti kita jangan harapkan satu aliran pandapatan sahaja tetapio beberapa aliran pendapatan untuk menjana kewangan kepada diri kita sendiri.

Sekiranya terdapat perbelanjaan, tetapi aliran kita berganda maka lebih pantas lagi kita dapat mengumpulkan kekayaan. Jangan fikirkan satu aliran pendapatan sahaja. Fikirkan bagaimana anda boleh menambah aliran pendapatan anda, mungkin dengan perniagaan internet, menyewa rumah, pelaburan, royalti, perniagaan dan lain – lain.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu