modul misi bebas hutang

Wang Untuk Kecemasan

Malang tidak berbau. Pastikan kita sediakan payung sebelum hujan dengan wang kecemasan.

Dengar berulang & lakukan!

Simpanan wang kecemasan adalah sangat-sangat penting untuk diri kita dan keluarga kita. Berapa jumlah yang perlu kita simpan pastikan sekurang-kurangnya kita mempunyai jumlah simpanan yang dapat menampung hidup dan keluarga kita selama 3 ataupun 6 bulan. Ini yang dipanggil kecemasan adakalanya kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada punca pendapatan kita. Secara purata seseorang itu akan bertukar tempat kerja dalam lingkungan 8 atau 10 kali seumur hidupnya.

Mungkin majikan terpaksa memberhentikan pekerja, tempat kerja terpaksa ditutup ataupun terpaksa berpindah tempat tinggal dan tidak mengira apa pun sebabnya, anda mesti mempunyai bekalan wang kecemasan yang menampung kehidupan anda sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah lakukan kiraan berapakah kos sara hidup anda dan keluarga anda sebulan kemudian gandakannya sebanyak 3 kali sebaiknya gandakan sebanyak 6 kali. Jumlah ini adalah jumlah yang perlu ada dalam simpanan kecemasan anda. Sekiranya belum ada lagi, pastikan anda perlu berusaha untuk mencapai simpanan wang kecemasan terlebih dahulu.

Copyright MisiBebasHutang 2018. Powered by AJ

Close Menu